INTRODUKSI

IP MINDA TRAINING & CONSULTANCY (002587171-T) yang telah diasaskan oleh Azlan Abdul Jalil merupakan sebuah syarikat motivasi dan perunding pembangunan sahsiah insan. Menyedari fakta kajian sekolah universiti terbaik dunia, Harvard Business School yang menyatakan bahawa 93 % faktor kecemerlangan ditentukan oleh sikap, bukannya ilmu mahupun kepakaran, maka operasi terpenting yang dijalankan oleh konsultan ini adalah operasi pemurniaan sikap (OPS SIKAP).

OPS SIKAP ini akan mensasarkan kepada proses pensucian hati (S.Q), akal (I.Q) dan nafsu (E.Q) dan akan menghijrahkan peserta menjadi lebih TAHU, lebih MAHU, lebih MAMPU untuk melakukan perubahan kepada diri dan orang lain.

Prinsip IP Minda Training & Consultancy adalah “hate the sin, love the sinner” (membenci dosa, mengasihani si pelaku dosa). Hanya dengan kasih sayang kami optimis bahawa setiap insan walau bagaimana jahat sekalipun, tetap mempunyai harapan untuk berubah dan dikembalikan pada Tuhannya.

“Manusia terbentuk daripada 2 elemen iaitu jasad dan roh. Jasad berasal daripada tanah sebab itu bilamana sakit ia perlu ubat-ubatan dari tanah, herba, akar kayu atau seumpamanya untuk merawat sakit pada jasad. Manakala roh datang dan berasal daripada Tuhannya(Allah), sebab itu bilamana roh itu sakit, menderita dan tidak tenang, kita perlu membawa roh itu kembali dan ingat kepada Tuhannya untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.” – Ustaz Azlan Abdul Jalil

VISI & MISI

VISI

IP Minda Training & Consultancy sebagai Pusat Pembinaan Generasi Baru MALAYSIA

MISI

Membangun Kualiti Insan berasaskan :
Kebersihan Hatu (SQ),
Kecekalan Emosi (EQ),
Keunggulan Minda (IQ).

NILAI

M – Magnetic Leadership
I – Inspiration Driven by Purity of Heart
N – Navigated by A Clear Vision
D – Diversity of Skill
A – Action Oriented