MODUL 1 : KEM MOTIVASI CETUSAN KESEDARAN

Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang mempunyai kesedaran dalaman yang tinggi dalam diri untuk sentiasa berubah kearah kebaikan. Kesedaran yang lair daripada hati yang bersih, nescaya akan memandu kehidupan anak-anak ini agar tidak terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak sihat pada masa kini.

Untuk mempunyai hati dan jiwa yang bersih, perlunya ada istiqamah dalam setiap amal kebaikan yang dilakukan. Dengan istiqamah ini maka dapat membentuk jati diri yang jitu sebagai tembok untuk pelajar-pelajar ini melangkah dalam perjalanan yang bakal mereka tempuhi.

IP MINDA Training & Consultancy memperkenalkan kem kesedaran bagi pelajar-pelajar agar mereka lebih yakin dan sedar serta jelas tentang tujuan hidup serta cabaran yang bakal mereka tempuhi pada masa akan dating.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Membentuk pelajar agar lebih jelas tentang matlamat dan tujuan hidup.
  • Mendedahkan kepada pelajar tentang cabaran dalam kehidupan.
  • Memantapkan jati diri pelajar agar lebih jitu dan kuat.
  • Memperjelas lagi perjalanan matlamat kehidupan pelajar.

MODUL 2 : KEM KEPIMPINAN AL-FATEH CHARACTER BUILDING

Merupakan program yang dibina khusus bagi menerapkan enam nilai yang telah ditetapkan dalam modul yang merangkumi dalam diri setiap pelajar. Modul ini diambil berlandaskan nilai unggul seorang insan yang pernah disebut Nabi SAW tentang kehebatannya 800 tahun sebelum kewafatan Nabi SAW. Beliau adalah sebaik-baik Raja “pemimpin” adalah dia dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera pada masa itu. Beliau adalah Sultan Muhammad Al-Fateh.

Hampir 30 cubaan dunia untuk menawan Kota Konstantinopel tidak berjaya, dan sehingga ratusan cubaan dilakukan oleh pelbagai Negara dari seantero dunia juga tetapi tidak berjaya, Namun selepas 800 tahun penantian Islam mampu menawannya di bawah kepimpinan hebat Sultan Muhammad Al-Fateh. Misi, Strategi dan persiapan yang sangat luar biasa dan hebat oleh Sulatan Muhammad Al-Fateh sehingga mampu menakluk Kota Konstantinopel dan menyebabkan tentera Rom Byzantine yang beragama Kristian tunduk dan tewas dengan kehebatannya.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Melahirkan individu yang mengenali potensi diri
  • Menguatkan asas keyakinan dan system pertahanan jati diri
  • Memberikan asas penentuan matlamat yang terancang.
  • Menunjukkan hala tuju masa depan yang jelas dan tepat.

MODUL 3 : KEM STAR LEADERSHIP

Star leadership lebih tertumpu kepada pembinaan kepimpinan yang berteraskan kepada 4 asas yang bersifat holistik. Penstrukturan modul telah disusun sebaiknya bagi memudahkan penyampaian dan seterusnya mampu memberikan kefahaman kepada peserta.

Pembinaan dalaman diri yang dijana dengan rasa kesedaran adalah perkara utama yang bakal dirasai sepanjang program ini. Seterusnya cuba menyemarakkan rasa dengan mempraktikkan tindakan yang lebih bertanggungjawab dan tersusun di organisasi masing-masing.

STAR LEADERSHIP

S – Smart
T – Transistor
A – Accountability
R – Righteous

OBJEKTIF PROGRAM

  • Melahirkan pemimpin yang mempunyai perancangan dan menggerakkan tugas yang dilaksanakan.
  • Melahirkan pemimpin yang bijak menggunakan kuasa komunikasi dalam memberi keyakinan dan menarik pengaruh.
  • Melahirkan pemimpin yang meletakkan diri dan jiwanya dalam melaksanakan tanggungjawab bagi mencapai dan mengatasi matlamat yang ditetapkan.

MODUL 4 : KEM IBADAH

Modul Kem Ibadah ini membantu peserta agar mereka dapat menunjukkan iltizam agar istiqamah dalam melaksanakan ibadah dalam kehidupan seharian. Dalam modul ini juga IP Minda Training & Consultancy akan lebih menjelaskan kepada peserta untuk lebih faham bahawa mempraktikkan agama Allah adalah sangat penting dalam kehidupan seharian tanpa menjejaskan aktiviti seharian.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Memotivasikan pelajar bagi menghadapi cabaran kehidupan dalam konteks ibadah dan aktiviti seharian
  • Membangunkan kekuatan rohani pelajar dalam menghadapi realiti kehidupan
  • Membimbing pelajar untuk mengimbangi pendidikan sosial dan rohani.

SLOT IPMINDA