MODUL 1 : TEAM ORGANIZE PERFECTION

Modul ini merupakan salah satu proses kesedaran dalam diri peserta yang menekankan pelbagai aspek seperti elemen spiritual, mental dan sahsiah diri serta akhlak. Modul ini diperkenalkan bagi membantu para peserta agar mereka mampu memperbaiki karakter agar menjadi yang lebih baik.

Modul ini bukan hanya sekadar meliputi slot ceramah namun ianya turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti outdoor dan indoor yang berfalsafah khas untuk para peserta agar mereka lebih memahami pengisian modul secara praktikal disamping bagi mengelakkan mereka bosan sepanjang program berlangsung. Modul ini membantu pembentukan diri dalam usaha meningkatkan kualiti kerja dalam sesebuah organisasi.

SASARAN

Sasaran pakej ini tertumpu kepada golongan:
1.Korporat
2.Eksekutif
3.Kakitangan kerajaan/swasta
4.Pendidik/ Pensyarah/ Mahasiswa/ Mahasiswi

OBJEKTIF MODUL

Penumpuan kepada dua peringkat iaitu
Diperingkat Diri, objektifnya
1.Melahirkan ‘individu’ yang mengenali potensi emas dalam diri
2.Menguatkan asas keyakinan dan sistem pertahanan jatidiri
3.Menunjukkan hala tuju masa depan yang jelas dan tepat serta terancang
4.Membentuk pemikiran aras tinggi minda kelas pertama
5.Mencetuskan kesedaran dan keinsafan dalam memperbaiki diri secara konsisten

Diperingkat Organisasi objektifnya

1.Menyelaraskan visi dan misi organisasi
2.Mendorong perlaksanaan tugas secara tulus telus dan optimum
3.Membentuk organisasi yang mempunyai urustadbir yang baik
4.Mengurangkan amalan negatif menerusi pencegahan secara inside-out yang bersikap pro-aktif
5.Membentuk suasana kerja yang kondusif dan harmoni
6.Membentuk sikap amanah dan tanggungjawab dalam menjaga harta syarikat
7.Membentuk sebuah organisasi yang terancang serta mempunyai daya gerak kerja yang mantap
8.Menigkatkan rasa sayang dan hormat kepada organisasi

MODUL 2 : AL-FATEH CHARACTER BUILDING

AL-FATEH CHARACTER BUILDING merupakan program yang dibina khusus bagi menerapkan budaya kerja dengan mengaplikasikan enam nilai yang telah ditetapkan dalam modul AL-Fataeh Character Building yang merangkumi dalam diri setiap pekerja.

Modul ini diinspirasikan daripada seorang insan yang hebat pada satu ketika dahulu di mana Nabi Muhammad S.A.W pernah menyebutkan dalam satu Hadith sebelum kewafatannya seperti berikut “… Konstantinopel (kini Istambul) akan jatuh ke tangan tentera islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Hampir 30 cubaan dunia untuk menawan Kota Konstantinopel tidak berjaya, dan sehingga ratusan cubaan dilakukan oleh pelbagai negara dari seantero dunia juga tidak berjaya, tetapi selepas 800 tahun penantian Islam mampu menawannya di bawah kepimpinan hebat Sultan Muhammad Al-Fateh. Misi, strategi dan persiapan yang sangat luar biasa dan hebat oleh Al-Fateh hingga tentera Rom Byzantine yang beragama Kristian tunduk dan tewas dengan kehebatannya.

Maka dengan ini kami ingin berkongsi nilai hebat AL-FATEH kepada peserta. Dan kami ingin menegas dan membuktikan bahawa nilai perjuangan mereka adalah sama dan seiring pada setiap orang yang digelar sebagai pekerja. Kesimpulannya, dengan kehebatan dan kekuatan nilai AL-FATEH, pekerja boleh mengamalkan dan terapkan nilai tersebut untuk meningkatkan prestasi syarikat dan kami mengharapkan agar seluruh pekerja mampu menjiwai dan memperkasakan nilai yang hebat ini dalam diri masing-masing.

Perkhidmatan ini juga turut menyediakan latihan indoor dan outdoor

Nilai : AL-FATEH

AL= Almighty God Devotee
F= Full Of Commiment
A= Always prepare
T= Think Out of The Box
E= Emotional Edurance
H= High Risk Taker

SASARAN

Sasaran pakej ini tertumpu kepada golongan
1.Korporat
2.Eksekutif
3.Kakitangan kerajaan/swasta
4.Pendidik/ Pensyarah/ Mahasiswa/ Mahasiswi

OBJEKTIF MODUL

Berikut merupakan objektif modul AL FATEH Character Building:
1.Mengisi kesedaran hati dengan menajamkan sifat profesionalisme dalam diri
2.Membina dan membentuk keseimbangan komponen IQ-EQ-SQ yang kenta
3.Menanam nilai A.L.F.A.T.E.H dalam diri peserta

MODUL 3 : MODUL STAR LEADERSHIP

STAR LEADERSHIP adalah modul terbaru dari Institut Pembangunan Minda Training & Consultancy. Ia adalah kesinambungan daripada dua modul sebelum ini. Modul kali ini, lebih tertumpu kepada pembinaan kepimpinan yang berteraskan kepada 4 asas yang bersifat holistik.

Penstrukturan modul telah disusun sebaiknya bagi memudahkan penyampaian dan seterusnya mampu memberikan kefahaman kepada peserta. Pembinaan dalaman diri yang dijana dengan rasa kesedaran adalah perkara utama yang bakal dirasai sepanjang program ini. Seterusnya cuba menyemarakkan rasa dengan mempraktikkan tindakan yang lebih bertanggungjawab dan tersusun di organisasi masing-masing.

Perangkaan modul telah dilakukan secara terperinci dengan memberi contoh figura-figura yang berjaya, berserta dengan ciri-ciri dan prinsip-prinsip yang digunakan dalam mencapai kecemerlangan hidup.

Penggabungan 4 unsur kepintaran iaitu IQ (Intelligence Quotient), EQ (Emotional Quotient), SQ (Spiritual Quotient) dan PQ (Psysical Quotient) diterapkan pada modul kali ini.

Keempat-empat unsur kepintaran akan diolah sebaiknya agar ia mampu membuka minda dan menyingkap sifat kepimpinan bagi setiap individu yang terlibat. Dengan usaha ini, diharap ia mampu melahirkan individu yang mempunyai sifat kepimpinan yang jitu.

SASARAN

Sasaran pakej ini tertumpu kepada golongan :-
1. Korporat
2. Eksekutif
3. Kakitangan Kerajaan / Swasta
4. Pendidik / Pensyarah / Mahasiswa / Mahasiswi

OBJEKTIF MODUL

1.S – SMART
Melahirkan pemimpin yang mempunyai perancangan dan menggerakkan tugas yang dilaksanakan.

2.T – TRANSISTOR
Melahirkan pemimpin yang bijak menggunakan kuasa komunikasi dalam memberi keyakinan dan menarik pengaruh.

MODUL 4 : TEAMBUILDING / KEROHANIAN

Modul Teambuilding atau Kerohanian merupakan modul yang membantu peserta untuk membina kecemerlangan diri agar menjadi insan yang berakhlak mulia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain itu modul ini juga mengajar dan menguji semangat kerjasama dan semangat kepimpinan di dalam diri setiap peserta yang dilaksanakannya dalam bentuk permainan dan latihan dalam kumpulan (LDK).

Modul ini juga membantu dan membimbing peserta bagi meningkatkan motivasi mereka mengenai tanggungjawab yang dipikul.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Membantu membangunkan kekuatan rohani peserta dalam menghadapi realiti kehidupan.
  • Membimbing peserta untuk mengimbangi kehidupan sosial dan rohani.

SLOT IPMINDA